• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

Hibrul Ummah

"...sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya..." (Surah Al-Fathir:43)

Dikotomi Dalam Memelihara Keaslian Perjuangan

oleh: abu amru mujahid

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan”
(Surah Al-Baqarah: ayat 208)

Seorang pemikir Islam dalam bukunya menyatakan: “Menerima Islam secara Juz’i (serpihan) kadangkala mengakibatkan satu ancaman, sebagai satu fitnah yang lebih besar daripada menolak Islam seluruhnya kerana menerima Islam separuh dan menolak Islam separuh boleh menimbulkan satu pengertian di kalangan mereka yang cetek pengalaman dan ilmu iaitu dengan mengaggapnya itulah seolah-olahnya Islam.

Inilah yang cuba diterapkan oleh sebahagian pemimpin yang mempunyai kepentingan lantas menjaja agama mengikut acuan sendiri. Mereka cuba merungkupkan sifat universal Islam dalam saji pemikiran berkepentingan yang cuma menguntungkan individu mahupun proksi mereka. Pemikiran golongan marhaen cuba di doktrin dengan suntikan program yang berbaur agama tanpa pengisian yang jitu di dalamnya. Islam hanya disentuh di peringkat permukaan dan lebih teruk lagi mereka yang cuba menyampaikan nilai Islam secara holistik di anggap sebagai membawa ajaran yang pesong. Mereka kata agama tidak boleh digabung jalinkan dengan politik. Inilah ceteknya pemikiran yang cuba dicanangkan kepada minda-minda yang cuba mencari jalan mudah dalam mempraktikkan ajaran Islam.



Tidak cukup dengan ideologi barat yang cuba meracuni pemikiran umat Islam, timbul pula satu lagi doktrin pemikiran yang menjurus kepada perjuangan sosial. Methodnya mudah iaitu pengaplikasian pemikiran polisi alternatif dalam merencana realiti zaman moden. Adakah Islam yang di bawa oleh Al-Quran itu terlalu ortodoks untuk diguna pakai? Hebat sangatkah teori modernisasi intelektual yang dibawa oleh karyawan mahupun ahli falsafah semata-mata untuk mengikut waqi’iyah. Di manakah kita meletakkan kalam Allah dalam pengaplikasian deenul Islam?

Dengan matlamat kononnya untuk membumikan rakyat, golongan-golongan pemikir ini seolah-olah menafikan apa yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh harakah Islamiah yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Dituduhnya bahawa harakah islamiah lebih mementingkan politik sebagai halatuju. Ini adalah tidak benar sama sekali.

“ Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”
(Surah Al-‘Imran:ayat 188)

Kemungkinan virus seperti ini datang menular akibat daripada tertipu dengan kedudukan dan sikap mahukan popularity. Dalam kertas kerja yang telah di tulis oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi yang bertajuk “Memelihara Ketulenan Perjuangan” membahaskan bahawa penyakit ini juga menjadi sebab gugurnya seseorang anggota Jamaah itu dari jalan dakwah. Penyakit ini amat merbahaya, ia akan merosakkan para pendakwah sama sekali. Kedudukan dalam jamaah boleh menjadi punca fitnah terhadapnya dengan merasa dirinya "mulia" dari anggota-anggota jamaah yang lain. Akibat sikap merasa dirinya mulia inilah akhirnya menyebabkan segala tanggungjwab dan kerja yang diamanahkan kepadanya tidak kerana Allah tetapi haya untuk meraih publisisti dan popularity dari kebanyakan anggota jemaah.

Yang dia mahu bukanlah berusaha untuk mencapai maksud dasar jamaah untuk menegakkan Islam tetapi mahu dilihat hebat dan mahu anggota-anggota jamaah yang lain seolah-olah amat-amat memerlukan dirinya dan seterusnya menyanjunginya.
Maka dia akan menjadikan kedudukannya sebagai platform menjual namanya agar dapat dikenang sebagai pejuang. Kesan dari sikap inilah akhirnya dia tidak ikhlas dalam bekerja dan tidak ikhlas dalam berjamaah. Oleh kerana tidak ikhlas maka ini, maka amalan mereka tergantung dan secara tidak langusng akan menghapuskan pahala dan mengurangkan keberkatan dalam berjemaah.

Terdapat juga golongan-golongan yang bersikap dengan hamasah jami’yyah yang membuat kerja dengan semangat semata-mata bukan dengan iltizam, istiqamah dan patuh kepada pimpinan. Antaranya dapat dilihat bagaimana segelintir pemuda yang cuba memperjuangkan semangat kemahasiswaan sebagai wadah perjuangan mereka. Di manakah matlamat akhir mereka setelah tamat bergelar mahasiswa? Adakah hamasah perjuangan itu didambakan ketika bergelar mahasiswa sahaja. Tentu sekali tidak kerana perjuangan kita didasari atas Aqidah yang tulen yang mana selagi tidak tertegak kalimah Allah di muka bumi ini, selagi itulah perjuangan menegakkannya menjadi wajib.
Ada juga yang menuduh gerakan Islam sebagai mabuk kuasa. Mereka mengatakan gerakan Islam tamak kuasa, mahu mempelopori politik sedangkan tarbiyah dipinggirkan.

Ketulenan manhaj perjuangan tidaklah dinilai semata - mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .
Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala' , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .Penglibatan [ intima' ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam . Jika tidak, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah. Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam.

Dasar gerakan Islam yang kita dokong adalah jelas dan disandarkan pada Al-Quran, Hadith Ijma’ dan Qias. Kita sebagai gerakan Islam yang awal menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat. Islam yang diperjuangkan adalah Islam yang diturunkan oleh Allah, merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang tidak mengenali pemisahan antara kehidupan. Inilah Islam yang kita yakini.
Read More 0 comments | masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: edit post

0 comments



Post a Comment

Home

Color Paper

  • About
      About me. Edit this in the options panel.

  • "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami."

    ::Tarikh::

    ::Waktu::

    Blog Archive

    • ▼  2009 (1)
      • ▼  April (1)
        • Dikotomi Dalam Memelihara Keaslian Perjuangan
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Hibrul Ummah. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine | Distributed by Deluxe Templates

    Back to Top